Halaman

Khamis, September 17, 2020

Kunyit dan serai.

Kesiannnnn pokok kunyit & serai saya, belum sempat berdaun, dah dituai orang. Pagi2 tadi masa keluar beli barang, gi le jenguk pasu kunyit, rasa cam pelik je. Patutnya benih tu, ada 3 ketoi, tp apsal ada 2 aje yek.. Pastu kat sebelahnya tu nampak berlubang. Tukang tuai tu, biarkan aje plak tanah tu berlubang kesan benih yg dah dikeluarkan. Hmmm..

.

Kalau sumayyah tak beritau tadi, ibu pun tak perasan serai yg dok dalam gelas sebelah pasu pun dah tak de. Dah cari kut2 jatuh ke tanah, tapi tak de. Tak banyak, ada le 2 batang, tapi gemuk2 serainya! Agaknya tukang tuai tu nak merendang/menggulai subuh tadi. Ye la, subuh2 mana ada pasar basah buka, kan. So maybe dia pinjam dulu serai & ibu kunyit tu.

.

Kita tunggu je la, kut2 ada org anta barang sepiring lauk yg guna kunyit & serai tu. Ibu tak de la kisah sgt, cuma ralat je sket. Pasu 2 tu selama ni, dok dalam rumah, baru je 2 hari letak kat luar, dah dituai orang. Kami pun belum merasa hasilnya.

Orang Malaysia ni kaya dengan adap sopan.

Itu je nak cerita pagi ni. 

#adapkatmana #ohserai #ohkunyit #makkohijau...

.

END

Rabu, November 20, 2019

Kelas Baking ku yang Pertama (02/11/2008)

Assalamualaikum...

Ini adalah kelas cupcake sayang yang pertama. Pertama kali saya menyertai kelas seumpamanya. Terimakasih kepada Kak Ida Merpati. Kak Ida ni pun, bisnes dia dah makin mantap. Hari2 ada je anak murid datang belajar. Dah jadi cikgu dia. hehehe... Sampai ke Jakarta dia g belajar coklat. Kalau nak tahu pasal kelas2 dia, bleh lah masuk kat blog dia..

Rabu, November 06, 2013

IMG-20130916-02035.jpg

Assalamualaikum...

Lama giler rumah ni saya tak jenguk..
Hari ni rasa rindu pulak...

Hehehe...

Ini buku saya
Saya beli ntah berapa tahun dah
Tak pernah khatam pun lagi.

Hahahahaha...

Konon nak diet
Jadi boleh la buku ni dijadikan pedoman
Tapiiiiiii... Dietku semuanya kelautttt... Huhuhu

Akan ku cuba usahakan semula, sebab ari tu dah kurang 2kg, tp sebab sibuk dengan majlis makan2 raya, tu yang ke lautttt... Hikhikhik

Ok la.. Saya stop dulu sekejap.
Malam ni ada misi yang perlu diselesaikan...

Misi DIET di TANGGUHKAN!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, Oktober 25, 2012

Keluarga Kecil ku..

Assalamualaikum semua..

Cuma nak perkenalkan keluarga kecil ku..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, Oktober 21, 2012

Report Card Qaseh

Hari ni, Qaseh & ayah ke Tadika Sri Ayu untuk berjumpa cikgu utk mengambil report card Qaseh sambil mendengar komen2 dari cikgu mengenai prestasi Qaseh.

Katanya ok prestasi dia.. Dah tengok buku laporannya, Alhamdulillah..

Khamis, Oktober 18, 2012

Orang baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 08 Oktober 2012, jam 3.20 pagi.. Lahirlah seorang bayi yg suci, lagi murni, comel, putih melepak... Membawa bersama bauan wangi syurga ke dunia ini...

Memberi khabar gembira buat ummi & abi, serta kami opah & ibu serta bapa saudara..

Seluruh alam dikhabarkan kegembiraan, kesyukuran atas kurniaan yg memang dinanti2kan kehadirannya..

Alhamdulillah, kehadiran Mujaddid Solah membawa kegembiraan & menambah kasih sayang antara Syahrir & Alyanee..

Semoga kehadiran mu wahai putera kecil, menyerikan & mewarnai lagi kehidupan keluarga kecil mu..

Ummi Julia sangat gembira & tak pernah puas untuk menumpang membelaimu sambil mencium bau syurga itu..

Anaknda Mujaddid Solah, semoga membesar sebagai anak soleh yg membahagiakan ummi & abi..

Amin...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, Oktober 10, 2012

Penyambung Warisan

Assalamualaikum bloggers..

Inilah koleksi cucu2 bonda..

Cucu terbaru masih belum boleh upload, sbb baru lahir. Nanti bila umi & abinya izinkan, baru saya bleh share gambarnya..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.