Halaman

Jumaat, Ogos 14, 2009

Ulang Tahun Puteri ku...

Assalamualaikum...

Namanya Murni Qaseh Sumayyah. Nama tercipta hasil kreativiti suamiku...
Harijadinya yg sebenar, jatuh pada 20 Julai, tetapi sambutannya hanya dapat disempurnakan pada 27 Julai, bersamaan dengan ulang tahun kelahiran ke-63 Bonda tercinta, Bonda Hasanah...
Harapan kami sekeluarga semoga puteri kami nan seorang ini akan membesar dengan penuh kasih sayang, belaian, didikan agama, kehormatan dah didoakan dengan segala yang baik2
sahaja.



Ni plak masa besdey dia yang ke-3..


Seronoknya dia dapat kek gamba Mickey mouse & gang. Cikgu dia beri hadian bag baru, kaler pink, gamba mickey & minnie mouse jugak. hari2 dia isi baju dalam bag tu, sampailah suatu hari, agaknya dia main sumbat je baju dalam tu, maka terbarai la zipnya. hehehe... terpaksa guna beg lama...

ok la kawan2, nanti saya cari smula gambar masa besdey dia yang pertama, tak tau simpan kat mana daaaa...


nota kaki : kek2 tu semua ibu buat sendiri tau... hehehe...




Selasa, Jun 16, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-6 anaknda Luqman



Assalamualaikum...
Hari ini, besdey Luqman yg ke-6.

Harapan kami, semoga Luqman akan terus membesar sebagai seorang anak & hamba Allah yg sentiasa berbakti kepada Agama, Bangsa & Negara.
Jangan nakal2 ye anaknda.

Seperti biasa, kalo Luqman or Aliff potong kek, yg sorang lg, mesti menempel jer, jgn tak menempel, mau perang dunia ke-3 nnt. Hahaha... Itu la ragam anak2 kan. Besdey Aliff bulan 9 nnt, mesti Luqman pun menempel gak potong kek. Nnt bulan depan, Besdey Sumayyah lak.



Untuk besdey dia, Luqman request nak kek gamba Pokemon ball, actually pokeball... So, senang la kerja, cuma lukiskan pokeball kat kek dia. Hehehe... Sib baik dia tak suruh lukis gamba pokemon tu seko2... kalo tak, mmg haru giler... Aku bukan reti bab2 lukis melukis neh. PR janji nak tolong deco kek neh, tp dia plak yg lebih dulu terzzzzzzzzz... Bukan main seronok diaorg kat tadika td kata cikgunya. Alhamdulillahhhh... thn depan dah darjah 1.