Halaman

Isnin, Ogos 30, 2010

Fogive Me Ya Allah...

Insafnya bila aku menonton video klip ni. Terasa sangat banyak aku mengeluh selama ini. Tak pernah aku terfikir orang2 yang tak bernasib baik semasa aku mengeluh... Huhuhu...

Ya Allah... ampunkan aku andai selama ini aku banyak mengeluh.
Aku tahu, aku ini orang yang suka mengeluh.
Kerna anak2, aku mengeluh
Kerna taraf hidup, aku mengeluh
Kerna wang, aku mengeluh
Kerna kerja, aku mengeluh

Andai selama ini aku banyak mengeluh, ampunkan Aku ya Allah...
Aku insan yang lemah
Aku insan yang hina
Aku insan yang kerdil
Aku hanya manusia biasa...

Ya Allah, kau sucikanlah hati ku, bantulah aku Ya Allah..
Ya Allah, kau bersihkanlah hati ku, bantulah aku Ya Allah..
Ya Allah, kau putihkanlah hati ku, bantulah aku Ya Allah..

Bantulah aku ya Allah, berikanlah hidayah serta petunjuk-Mu Ya Allah..
Agar aku bisa berubah menjadi hamba-Mu yang tidak lagi mengeluh
Agar aku bisa berubah menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersyukur

Bukan aku tidak bersyukur, cuma sesekali aku mungkin alpa...

Ya Allah... Kau berikanlah kebahagiaan, kegembiraan, kesenangan & rahmat serta hidayah-Mu ke atas keluarga ku, keatas kedua ibu bapaku, mertuaku, saudara2ku, seluruh muslimin & muslimat samada yg masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia... amin...

Berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan-Mu, Ya Allah...

Ahad, Ogos 29, 2010

Assalamualaikum...

Ini adalah kelas cupcake saya yang pertama. Pertama kali saya menyertai kelas seumpamanya. Terimakasih kepada Kak Ida Merpati. Kak Ida ni pun, bisnes dia dah makin mantap. Hari2 ada je anak murid datang belajar. Dah jadi cikgu dia. hehehe... Sampai ke Jakarta dia g belajar coklat. Kalau nak tahu pasal kelas2 dia, bleh lah masuk kat blog dia..



Fondant with frill & Sugarbox (14/02/2009)

Pada 14/02/2009, saya g belajar fondant with frill & sugarbox. Cikgunya adalah Kak Misleha. Kak Mis memang cikgu yang best. Sepanjang kelas ngan dia ni, kitaorg enjoyyy jer. Ni gamba fondant kek yg saya buat, sugarbox tu plak, saya punya yang paling simple, yg kaler biru tu. Saya g kelas ni, selain nak menambah ilmu, juga untuk persediaan membuat kek fondat untuk mejlis pertunangan adik saya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Masa kat kelas ni, saya jumpa ngan Mamazieza. Meriah kelas kami ari tu.


Saya pernah belajar buat benda ni...

Assalamualaikum...

Cupcake dalam gambar2 ni semua saya buat masa g belajar "Cupcake for Hantaran by Chef Baini" suatu masa dulu. Memang enjoy kelas Chef nih. Saya suka. Gambar2 ni semua hasil kerja saya. Alhamdulillah...

Rose
Blossom (ye ke? Tak ingat nama)

Kebaya
Tulips
Ribbon Rose
Sunflower


Jumaat, Ogos 27, 2010

Tiada apa2...

Aku rasa macam penat sangat.
Bukan buat apa pun, penat, letih... perasaan bercampur2.
Balik dr opis, penat & letih otak sebab berpikir masa keje.
Balik keje, tgk muka hubby yg cam stress jer... aku pun rasa cam nak stress jugak.
Tengok2 jalan pun jem pulak dahhhh... makin naik rasanya stress level aku.
Sampai taska, amik anak2, kalo diaorg2 bercakar dlm kete, lagi tambah stress...
Sampai umah, haihhh... baru nak releasekan stress masak utk berbuka, nengokkan fe'el budak2 ni... rasanya makin menaikkan stress ada ler... huhuhu...

HAIHHHHHHH!!!! I think I'm SICK laaaa... no wonder my BP level never come down. Huhuhu... Gua rasa nak nangis meraung2 kadang2... apa nak buat??? buat BODO aje lerrr...

Khamis, Ogos 26, 2010

Selamat Hari Lahir Puteri ku...

Assalamualaikum...

Sebenarnya n3 ni, dah lama terperap... tp kena siarkan jugak... hehehe

Namanya Murni Qaseh Sumayyah. Nama tercipta hasil kreativiti suamiku...
Harijadinya yg sebenar, jatuh pada 20 Julai, tetapi sambutannya hanya dapat disempurnakan pada 27 Julai, bersamaan dengan ulang tahun kelahiran ke-63 Bonda tercinta, Bonda Hasanah...
Harapan kami sekeluarga semoga puteri kami nan seorang ini akan membesar dengan penuh kasih sayang, belaian, didikan agama, kehormatan dah didoakan dengan segala yang baik2
sahaja.

Ni gamba kek Sumayyah masa 1st besdey dia. gamba yg dia potong kek ntah mana simpan.



Ni masa besdey Sumayyah yang ke-2.


Ni plak masa besdey dia yang ke-3..


Seronoknya dia dapat kek gamba Mickey mouse & gang. Cikgu dia beri hadiah beg baru, kaler pink, gamba mickey & minnie mouse jugak. hari2 dia isi baju dalam bag tu, sampailah suatu hari, agaknya dia main sumbat je baju dalam tu, maka terbarai la zipnya. hehehe... terpaksa guna beg lama...

ok la kawan2, nanti saya cari smula gambar masa besdey dia yang pertama, tak tau simpan kat mana daaaa...


nota kaki : kek2 tu semua ibu buat sendiri tau... hehehe...



Ahad, Ogos 22, 2010

Mmm...

Assalamualaikum...

Mmm.. apa aku nak tulis untuk n3 kali in, rasanya n3 yg ke-2 @ ke-3 utk tahun 2010. Hahahahaha... dah tau diri pemalas, nak jugak ber-BLOG. Kan dah kata, setahun 3x je update.

Tak pe la, ada gak blog, kan... huhuhu...

Hari ni, genap 11 hari kita puasa, maka genap jugak la 11 hari Luqman puasa tanpa ponteng. Walaupun hari2, masuk je pukul 7 malam... dia dah terjerit2 lapar, perutnya dah tak tahan, tapi dipujuk2, tahannnn jugak. Aliff??? Mmmm... susah nak cakap yang sorang ni, sahur bagai nak rak, tup2 abih je azan subuh, terus mintak "BELO" dia. Bila kita sound, dia cakap... "biarlahhh..." :P

Sumayyah, nakal seperti biasa.

Suami saya, macam biasa la, malam2 kluar mencari rezeki lebih... Sapa2 nak tengok bundle, bleh cari dia di Jalan Raja Bot, biasanya dia bukak meja kat kedai Haji Bakar @ Nuar Bundle (tepi Kuala Lumpur International Hotel) ---->> kedai Nuar kecik je, sebelah dia kedai hp. Kalo nak tengok online biznez dia, bleh g sini... sini atau boleh jenguk/contact dia kat FB dia kat sini... ---->> sini

Dah kul 12 lebih dah ni... kang terbabas lak sahur...

Assalamualaikum semua...