Khamis, September 02, 2010

03 September 2001... Genap 9 tahun Pemergian Abah...


3 September setiap tahun semenjak tahun 2001 adalah tarikh penergian Abah ke rahmatullah... 3 September 2001... genap 9 tahun abah meninggalkan kami, isteri & anak2 yang tercinta. Banyak kenangan bersama abah.

Aku sangat sayangkan abah.
Abah kami garang, tapi penyayang.
Abah kami seorang yang kuat berusaha
Abah kami terkenal di kalangan anak2 muridnya
Abah kami pada setiap petang, mengajar kelas agama untuk kaum ibu
Abah kami tak pernah lekang dari mak
Abah kami akan sentiasa bersama mak walau ke mana sahaja

Semoga Abah tenang & berbahagia di sisi Allah swt.

Sesungguhnya kami sangat rindukan abah... segala kenangan bersama abah, takkan luput dari ingatan... ABAH SENTIASA DI HATI KAMI...


Aku ingat lagi kenangan terakhir bersama abah...

Pada 1 September 2001, aku berpindah ke rumah baru dari Taman Melawati ke Taman Melati. Abag beria2 & bersungguh2 membantu aku pindah. Abah sangat gembira, senyuman tak lekang2 dari bibir abah. Aku dengan Ngah naik lori angkut barang dari Tmn Melati ke rumah Flat yang aku sewa (dalam proses urusan beli flat DBKL ni rumah masa tu). Padahal, kami dah pesan kat Abah, biar je barang2 tum kang kami dah siap punggah barang, kita kemas sama2. Tup2, sampai2 je kat umah baru tu, aku tengok abah tengah susun kotak2 peti ais ngan mesin basuh kat luar umah. Rupanya abah dah aturkan peti ais & mesin basuh sorang2.

Sempena aku pindah rumah, mak kata, abah beria2 nak belikan aku barang2. Abah belikan petia ais bari, mesin basuh baru, almari utk dapur... Sebab abah sukakan sesuatu yang sempurna. Bila dah selesai semua... kami makan malam ramai2.

2 September 2001, Ngah datang bersama isteri & anak2 naik lori. Masa sarapan pagi tu, abah banyak bergurau dengan kami. Antara yg aku tak boleh lupa... dia ada cakap "Ada org ajak abah ke KLCC, tapi, abah tak nak pegi, sebab kalo pegi, nanti ada orang tu mesti dia nak ikut". Pas tu lagi, masa tengah sarapan, abah usik2 mak. gurau2. Pas tu maka kata.. "Mengapa abah awak ni?"... Abah kata, saja nak gurau2...

Masa tu kami semua ada, kecuali De, sebab dia menyambung belajar di Batu Rakit kalo tak salah. Adibah baru masuk kampus induk di UIA Gombak, Ateh mmg dok ngan aku. Masa ngah or ateh anta dibah balik ke UIA, abah pandang jer... pandangannya nampak jauh & kosong. Dah diajak anta Dibah, abah tak nak.

Petang tu, Abah & mak balik dengan Ngah. Ok la, perjalanannya lancar. Malam tu, tiba2 ngah call, cakap abah masuk wad. Terperanjat beruk aku. Rupanya dalam perjalanan balik ke Dong, adah mendapat serangan jantung, beberapa kali jugak ngah berhentikan kereta kat tepi jalan, sebab nak beri abah berehat. Aku cakap, tak pe la, nanti esok pagi2 aku balik kg, untuk jaga abah. Aku pun tido macam biasa, tapi hati tak senang. Dalam pukul 3++ aku dapat panggilan dari Ngah, katanya "Jue, awak jgn terkejut, sebab abah dah tak de, baru je kejap ni, dalam kul 3.30 pagi. Nanti awak tolong la beritau semua sedara mara kita ye... " Owh... bagai kaca terhempas ke batu aku rasakan masa tu. Aku kejut ateh & mula telefon saudara mara. Ye, semua sedara mara. Pak Anjang Dolah masa tu kat Langkawi, tak dapat dihubungi, jadi aku tinggalkan pesanan suara & sms. De plak masa tu tgh kursus, abang kama pun tengah kursus. Aku call hp kawan De, tapi coverage tak elok, asyik putus2... last2 aku sms kat hp kawan de, Liza rasanya nama dia. de suruh aku call tempat abg kama kursus, sbb kalo tak, dia tak boleh keluar dari tempat kursus tu.

Adibah pulak, bila aku call, beritau, dia dah menangis2.. cakap, dia tak sempat mintak ampun ngan abah.. dia datang umah aku, kawan dia hantar. kami siap2 tunggu Mak Ancu ngan Pak su kat depan Petronas Taman Melati. Punya la jenuh tunggu, dah kul 7 baru diaorg sampai. banyak dugaan kami nak balik kg masa tu. Ateh dah balik naik moto.

Sampai kg. dong, jalan dah jem sampai ke jalan raya. Kereta kami tak bleh jalan dah disebabkan jalan sangat jem... jadi kami jalan kaki masuk sampai umah. Sesampainya mak terus terkan kami (aku masih terbayang saat itu), jenazah sedang dimandikan, Ateh & Ngah sedang bersama2 dengan kumpulan memandikan jenazah.

Segala urusan memandi, mengapan, semua berjalan lancar. Urusan menyembahyangkan jenazah juga berjalan sangat lancar. Ramai sangat yang turut menyembahyangkan jenazah abah. Nampaknya abah sangat disayangi ramai. Alhamdulillah...

Tapi, De masih belum sampai dari Terengganu, Pak Anjang Sarip, Pak Cik Yu & Mak teh pun belum tiba.

Sepatutnya urusan pengebumian jenazah dalam jam 12 tengahari, tapi tiba2 ada panggilan dari kawan perkuburan, mengatakan urusan penggalian kubur masih belum selesai, ada sikit lagi. Jadi jenazah diletakkan semula, alhamdulillah rupanya urusan ditanah perkuburan lewat kerana Allah nak temukan Arwah abah dengan De & anak2 serta adik2nya kecuali Mak teh. mak Teh tiba lewat, tak sempat jumpa jenazah. Sungguh aku semua bersyukur, kerana kakak aku yang jauh tu sempat menatap wajah abah buat kali yang terakhir sebelum dibawa pergi untuk selamanya.

Panjang lagi kisahnya, nanti aku sambung semula ye...


nota kaki : aku tak pandai mengarang & menggunakan ayat2 yang lebih berkesan.

Rabu, September 01, 2010

Perjalanan 3 jam ke London

Assalamualaikum semua...

Teruja dengan tajuk di atas??? Hahaha... jangan anda terpedaya.

"3 jam yang lepas, saya memulakan perjalanan ke London untuk mengutip almond. Sepanjang perjalanan mengutip almond, segalanya lancar, cuma bila saya mula buka bekalan untuk digandingkan dengan almond yang saya kutip, pihak imegresen telah mencukai bekalan saya.. huhuhu... luak la bekalan saya. nanti tak cukup pulak..."

Hahaha... saspen aje, kan... mana boleh kita pergi balik ke London dalam masa 3 jam, melainkan kita ada pintu sukahati doraemon...

sebenarnya, saya buat almond london tadi, tapinya tepung adunan tu dah kena cukai dengan anak2. Huhuhu... diaorg ni bukan boleh nampak kita siap2 pegang tepung segala, mula la nak tolong--->>> tolong menyebok!!! Haihhhh... Ibu dah la nak cepat, korang lak menyebok. Akhirnya, kul 12.30 tadi, aku stop dulu, selepas bakar 3 tray. Esok lak la sambung beb... tak dayo mato den ni nak menanggungnya dah hai...

Ok la u ols... gwa caucincau dulu laaaa... mata gwa udah berat...

Daaaa daaaa..

Wassallam...

p/s foto almond london, nanti2 aja la gwa upload ya... belum siap.