Khamis, Oktober 18, 2012

Orang baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 08 Oktober 2012, jam 3.20 pagi.. Lahirlah seorang bayi yg suci, lagi murni, comel, putih melepak... Membawa bersama bauan wangi syurga ke dunia ini...

Memberi khabar gembira buat ummi & abi, serta kami opah & ibu serta bapa saudara..

Seluruh alam dikhabarkan kegembiraan, kesyukuran atas kurniaan yg memang dinanti2kan kehadirannya..

Alhamdulillah, kehadiran Mujaddid Solah membawa kegembiraan & menambah kasih sayang antara Syahrir & Alyanee..

Semoga kehadiran mu wahai putera kecil, menyerikan & mewarnai lagi kehidupan keluarga kecil mu..

Ummi Julia sangat gembira & tak pernah puas untuk menumpang membelaimu sambil mencium bau syurga itu..

Anaknda Mujaddid Solah, semoga membesar sebagai anak soleh yg membahagiakan ummi & abi..

Amin...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam alaikum.
alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya lahir Mujaddid Solah. tapi tarikhnya 081012 lah umi julia. hi hi.
sama-samalah kita berdoa moga-moga kelahirannya membawa perubahan yang besar kepada keluarga kita agar lebih mentaati Allah s.w.t. InsyaAllah.
Amin...

Jue Hussin berkata...

Hahaha.. Konfius dengan tarikh. Haha.. Nnt la nak edit.

Anis berkata...

Tahniah dapat baby, salam kenal, blog walking kat sini. Jemput dtg blog saya ye

http://goodhealthandbeautyshop.blogspot.com/

Cikgu Jiss berkata...

dapat baby lag??? oh nooo terkejut baby dalam perut mama dengar hehe. tu baby adinda kami syahrir dan alyanee. alhamdulillah, semoga Mujadid Solah menjadi anak yang soleh in Shaa Allah