Assalamualaikum kawan2 semua..
Dah lama giler aku tak menulis di sini.. muahahaha... (gelak org jahat)..
Tengahari tadi, dpt emel dari seseorang, meluahkan isi hatinya...
"Eh,org tu kaya, kan..
Untung org tu kan.. bleh g overthesea bila2 masa je,cam balik kg..."
kaya kaya kaya.. sapa tak nak kaya..
Semua org nak kaya...
HEIIIIII... USAHALAH KALO NAK KAYA!!!
Kaya..
Macam2 kaya
Seronoknya kalo kaya
Boleh beli macam2..
Cakap je apa nak..
Petik jari jerrrr...
tp, jangan la nak jd kaya cam dlm video Senario tu.. Hahaha...
Kawan ku sayang...
tak semestinya kaya itu bahagia..
Tak semestinya kaya itu gembira
Boleh jadi jugak kaya itu sengsara
Boleh jadi jugak kaya tu tak dapat lelapkan mata..
Boleh jadi jugak kaya tu tak tercapai bahagia
Sayangku kawan..
Jom kita jadi biasa2 aje
Asal kita bahagia
Asal kita tak kecewa
Asal kita tak dalam dilema sentiasa
kawan, kau bahagia, aku bahagia..
Nanti kita g tengok wayang sama2 ye...
P/s..
Darl sayang ku..jgn ko ingat kaya tu selalunya bahagia.
Kalo nakkan kaya, bahagia, gembira, selesa..
Ingatlah, usaha usaha, usaha & usaha.
Tak pe la kita tak kaya sangat
Sederhana asal bahagia..
Semoga persahabatan kita semakin kaya dengan kasih sayang, kebahagiaan, kegembiraan & penuh kesyukuran.
Mu masih ingat emel mu ke ku pasal "ISTIDRAJ" tu???
nah, ni kaya untuk Mu, esok bleh breakfast Kaya ngan roti.. hehehe
p/s lagi....
Ku pun kaya jugak..
Kaya budi bahasa,
Kaya pandan kelapa,
Kaya hutang..
Hahahaha...
Apapun... jgn serik ya, walau kita tak kaya macam sesetengah orang
Tapi persahabatan kita ni dah pun kaya..
Kaya dengan gossip
Kaya dengan cerita
Kaya dengan kisah suka duka kita bersama
"Shoulder to cry on.... ~ Tommy Page"
Darl... "My Shoulder for U to cry on.... " (T_T)
Bila jejari berdansa, cerita pun bermula... Gelak tawa, jerit tangis, suka duka, kecewa hampa... Semua asam garam melengkapkan kehidupan...
Memaparkan catatan dengan label borak2 kosong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label borak2 kosong. Papar semua catatan
Isnin, Disember 19, 2011
Rabu, September 01, 2010
Perjalanan 3 jam ke London
Assalamualaikum semua...
Teruja dengan tajuk di atas??? Hahaha... jangan anda terpedaya.
"3 jam yang lepas, saya memulakan perjalanan ke London untuk mengutip almond. Sepanjang perjalanan mengutip almond, segalanya lancar, cuma bila saya mula buka bekalan untuk digandingkan dengan almond yang saya kutip, pihak imegresen telah mencukai bekalan saya.. huhuhu... luak la bekalan saya. nanti tak cukup pulak..."
Hahaha... saspen aje, kan... mana boleh kita pergi balik ke London dalam masa 3 jam, melainkan kita ada pintu sukahati doraemon...
sebenarnya, saya buat almond london tadi, tapinya tepung adunan tu dah kena cukai dengan anak2. Huhuhu... diaorg ni bukan boleh nampak kita siap2 pegang tepung segala, mula la nak tolong--->>> tolong menyebok!!! Haihhhh... Ibu dah la nak cepat, korang lak menyebok. Akhirnya, kul 12.30 tadi, aku stop dulu, selepas bakar 3 tray. Esok lak la sambung beb... tak dayo mato den ni nak menanggungnya dah hai...
Ok la u ols... gwa caucincau dulu laaaa... mata gwa udah berat...
Daaaa daaaa..
Wassallam...
p/s foto almond london, nanti2 aja la gwa upload ya... belum siap.
Ahad, Ogos 22, 2010
Mmm...
Assalamualaikum...
Mmm.. apa aku nak tulis untuk n3 kali in, rasanya n3 yg ke-2 @ ke-3 utk tahun 2010. Hahahahaha... dah tau diri pemalas, nak jugak ber-BLOG. Kan dah kata, setahun 3x je update.
Tak pe la, ada gak blog, kan... huhuhu...
Hari ni, genap 11 hari kita puasa, maka genap jugak la 11 hari Luqman puasa tanpa ponteng. Walaupun hari2, masuk je pukul 7 malam... dia dah terjerit2 lapar, perutnya dah tak tahan, tapi dipujuk2, tahannnn jugak. Aliff??? Mmmm... susah nak cakap yang sorang ni, sahur bagai nak rak, tup2 abih je azan subuh, terus mintak "BELO" dia. Bila kita sound, dia cakap... "biarlahhh..." :P
Sumayyah, nakal seperti biasa.
Suami saya, macam biasa la, malam2 kluar mencari rezeki lebih... Sapa2 nak tengok bundle, bleh cari dia di Jalan Raja Bot, biasanya dia bukak meja kat kedai Haji Bakar @ Nuar Bundle (tepi Kuala Lumpur International Hotel) ---->> kedai Nuar kecik je, sebelah dia kedai hp. Kalo nak tengok online biznez dia, bleh g sini... sini atau boleh jenguk/contact dia kat FB dia kat sini... ---->> sini
Dah kul 12 lebih dah ni... kang terbabas lak sahur...
Assalamualaikum semua...
Langgan:
Catatan (Atom)
