Halaman

Isnin, Disember 19, 2011

Kaya

Assalamualaikum kawan2 semua..

Dah lama giler aku tak menulis di sini.. muahahaha... (gelak org jahat)..

Tengahari tadi, dpt emel dari seseorang, meluahkan isi hatinya...

"Eh,org tu kaya, kan..
Untung org tu kan.. bleh g overthesea bila2 masa je,cam balik kg..."

kaya kaya kaya.. sapa tak nak kaya..
Semua org nak kaya...

HEIIIIII... USAHALAH KALO NAK KAYA!!!




Kaya..

Macam2 kaya
Seronoknya kalo kaya
Boleh beli macam2..
Cakap je apa nak..
Petik jari jerrrr...

tp, jangan la nak jd kaya cam dlm video Senario tu.. Hahaha...


Kawan ku sayang...

tak semestinya kaya itu bahagia..
Tak semestinya kaya itu gembira

Boleh jadi jugak kaya itu sengsara
Boleh jadi jugak kaya tu tak dapat lelapkan mata..
Boleh jadi jugak kaya tu tak tercapai bahagia

Sayangku kawan..

Jom kita jadi biasa2 aje

Asal kita bahagia
Asal kita tak kecewa
Asal kita tak dalam dilema sentiasa

kawan, kau bahagia, aku bahagia..
Nanti kita g tengok wayang sama2 ye...


P/s..

Darl sayang ku..jgn ko ingat kaya tu selalunya bahagia.
Kalo nakkan kaya, bahagia, gembira, selesa..

Ingatlah, usaha usaha, usaha & usaha.
Tak pe la kita tak kaya sangat
Sederhana asal bahagia..

Semoga persahabatan kita semakin kaya dengan kasih sayang, kebahagiaan, kegembiraan & penuh kesyukuran.

Mu masih ingat emel mu ke ku pasal "ISTIDRAJ" tu???

nah, ni kaya untuk Mu, esok bleh breakfast Kaya ngan roti.. hehehe





p/s lagi....

Ku pun kaya jugak..

Kaya budi bahasa,
Kaya pandan kelapa,
Kaya hutang..


Hahahaha...


Apapun... jgn serik ya, walau kita tak kaya macam sesetengah orang
Tapi persahabatan kita ni dah pun kaya..

Kaya dengan gossip
Kaya dengan cerita
Kaya dengan kisah suka duka kita bersama


"Shoulder to cry on.... ~ Tommy Page"

Darl... "My Shoulder for U to cry on.... " (T_T)

Rabu, Jun 01, 2011

Entri bosan-bosan..



gambar : kredit to FB Nora Elena


Assalamualaikum...

Hari2 balik kejar tv, takut tv lari... hehehe

Uishhh.. Nora Elena nak start dah...

Dah jatuh cinta ngan Seth Tan & Nora Elena

Esok kena tgk, katanya scene kat Cameron Highland --->>> ada sesuatu yg menyebabkan Nora Elena jatuh cinta ngan Seth Tan. Haiyaaaa... cannot sabar meh..

Selasa, Mei 31, 2011

Sendirian..


Dah mula merindukan mereka2 ini, padahal belum pun sampai 24 jam diaorg balik kg. Huhuhu...

Esok pegi keje, naik tren. Maknanya kena bangun awal sket, sbb takut lewat sampai opis.
Balik keje, tumpang opismate separuh jalan & naik teksi separuh jalan.

Isnin, April 25, 2011

Kawan baik saya..

Assalamualaikum..

setelah lama blog ni tersadai begini sahaja... hari ini saya nekad mengupdate blog ini. Hahahaha...

Perkara pertama...
tahniah di ucapkan buat sahabat baik ku,
teman meroyan bila sampai pada hal BAIM WONG..
kawan sama2 meluahkan bicara..
kawan yg selalu meminjam bahu utk menangis..
kawan yg sama selalu berjanji nak jumpa, tp sampai skang tak jumpa2... hahaha...

Anda semua boleh jumpa dia di sini...
Perkenalkan.. my lovely friend...


IJA @ IJAHANS @ MEK JA. hehehe..

Wellcome to the BLOG my dear Ija.
Semoga memeriahkan lagi dunia blog..

Kami kenal kat FB, tatkala meroyankan Baim Wong..


Hensem kannnnnnnn....
Tu baru gambar sisi.. lum gambar pandangan depan lagiks.. hahaha..

Ni gambar masa Baim Wong datang utk preview sinetron Kejara dan Bintang yg bakal berakhir pada 04 May 2011 ni..
Huhuhu... sedihnya bila citer ni dah nak abih...

Artis kelahiran Jakarta Indonesia, keturunan Cina & Sunda.
Bakal menyambut ultahnya yg ke-30 pada 27 April 2011 ini..

Wassallam...

Isnin, Disember 13, 2010

kerja oh kerja..

Assalamualaikum semua...

esok dah kerja semula??? Huhuhu...
Kembali seperti hari2 biasa la yek...
Huhuhu...

Khamis, November 18, 2010

Dah Lama dah...

Assalamualaikum semua...

Lama dah saya "TERstop" memblog. hehehe... Hari2 ada nawaitu nak update, nak upload gamba la... apa la.... hehehe...

Anyway, selamat Idul Adha buat kawan2 blog & kawan2 fb, kawan2 twitter... Juga utk semua AimLuvs yg menyokong kerjaya BAIM WONG hehehehe... peminat tegar Baim Wong neh...

Raja korban kali ni, kami tak kemana2.. duduk diam2 kat Kuala Lumpur. Hehehe... bukan apa, minggu depan nak balik Perak lagi, ada kenduri anak buah berkhatan... so, kami bebetul duduk diam2 dalam rumah, hb ngan Aliff je kluar g semayang raya pagi tu.. Luqman??? Malas nak cakap. TV adalah segala2nya dalam hidup dia. Melainkan kita cabut kad astro, baru dia bleh buat benda lain.. Channel dia.. 611 & 552 ajer... haishhh..

Ok la, bloggers semua... jumpa lagi...

Wassallam...


Ps...

Gamba budak ni, tak de kena mengena dengan entri ini ye... ni gamba dia sibuk "membantu" ibu menguli roti ari tu... "Membantu" membanyakkan kerja ibu dia... hehehe



Khamis, September 02, 2010

03 September 2001... Genap 9 tahun Pemergian Abah...


3 September setiap tahun semenjak tahun 2001 adalah tarikh penergian Abah ke rahmatullah... 3 September 2001... genap 9 tahun abah meninggalkan kami, isteri & anak2 yang tercinta. Banyak kenangan bersama abah.

Aku sangat sayangkan abah.
Abah kami garang, tapi penyayang.
Abah kami seorang yang kuat berusaha
Abah kami terkenal di kalangan anak2 muridnya
Abah kami pada setiap petang, mengajar kelas agama untuk kaum ibu
Abah kami tak pernah lekang dari mak
Abah kami akan sentiasa bersama mak walau ke mana sahaja

Semoga Abah tenang & berbahagia di sisi Allah swt.

Sesungguhnya kami sangat rindukan abah... segala kenangan bersama abah, takkan luput dari ingatan... ABAH SENTIASA DI HATI KAMI...


Aku ingat lagi kenangan terakhir bersama abah...

Pada 1 September 2001, aku berpindah ke rumah baru dari Taman Melawati ke Taman Melati. Abag beria2 & bersungguh2 membantu aku pindah. Abah sangat gembira, senyuman tak lekang2 dari bibir abah. Aku dengan Ngah naik lori angkut barang dari Tmn Melati ke rumah Flat yang aku sewa (dalam proses urusan beli flat DBKL ni rumah masa tu). Padahal, kami dah pesan kat Abah, biar je barang2 tum kang kami dah siap punggah barang, kita kemas sama2. Tup2, sampai2 je kat umah baru tu, aku tengok abah tengah susun kotak2 peti ais ngan mesin basuh kat luar umah. Rupanya abah dah aturkan peti ais & mesin basuh sorang2.

Sempena aku pindah rumah, mak kata, abah beria2 nak belikan aku barang2. Abah belikan petia ais bari, mesin basuh baru, almari utk dapur... Sebab abah sukakan sesuatu yang sempurna. Bila dah selesai semua... kami makan malam ramai2.

2 September 2001, Ngah datang bersama isteri & anak2 naik lori. Masa sarapan pagi tu, abah banyak bergurau dengan kami. Antara yg aku tak boleh lupa... dia ada cakap "Ada org ajak abah ke KLCC, tapi, abah tak nak pegi, sebab kalo pegi, nanti ada orang tu mesti dia nak ikut". Pas tu lagi, masa tengah sarapan, abah usik2 mak. gurau2. Pas tu maka kata.. "Mengapa abah awak ni?"... Abah kata, saja nak gurau2...

Masa tu kami semua ada, kecuali De, sebab dia menyambung belajar di Batu Rakit kalo tak salah. Adibah baru masuk kampus induk di UIA Gombak, Ateh mmg dok ngan aku. Masa ngah or ateh anta dibah balik ke UIA, abah pandang jer... pandangannya nampak jauh & kosong. Dah diajak anta Dibah, abah tak nak.

Petang tu, Abah & mak balik dengan Ngah. Ok la, perjalanannya lancar. Malam tu, tiba2 ngah call, cakap abah masuk wad. Terperanjat beruk aku. Rupanya dalam perjalanan balik ke Dong, adah mendapat serangan jantung, beberapa kali jugak ngah berhentikan kereta kat tepi jalan, sebab nak beri abah berehat. Aku cakap, tak pe la, nanti esok pagi2 aku balik kg, untuk jaga abah. Aku pun tido macam biasa, tapi hati tak senang. Dalam pukul 3++ aku dapat panggilan dari Ngah, katanya "Jue, awak jgn terkejut, sebab abah dah tak de, baru je kejap ni, dalam kul 3.30 pagi. Nanti awak tolong la beritau semua sedara mara kita ye... " Owh... bagai kaca terhempas ke batu aku rasakan masa tu. Aku kejut ateh & mula telefon saudara mara. Ye, semua sedara mara. Pak Anjang Dolah masa tu kat Langkawi, tak dapat dihubungi, jadi aku tinggalkan pesanan suara & sms. De plak masa tu tgh kursus, abang kama pun tengah kursus. Aku call hp kawan De, tapi coverage tak elok, asyik putus2... last2 aku sms kat hp kawan de, Liza rasanya nama dia. de suruh aku call tempat abg kama kursus, sbb kalo tak, dia tak boleh keluar dari tempat kursus tu.

Adibah pulak, bila aku call, beritau, dia dah menangis2.. cakap, dia tak sempat mintak ampun ngan abah.. dia datang umah aku, kawan dia hantar. kami siap2 tunggu Mak Ancu ngan Pak su kat depan Petronas Taman Melati. Punya la jenuh tunggu, dah kul 7 baru diaorg sampai. banyak dugaan kami nak balik kg masa tu. Ateh dah balik naik moto.

Sampai kg. dong, jalan dah jem sampai ke jalan raya. Kereta kami tak bleh jalan dah disebabkan jalan sangat jem... jadi kami jalan kaki masuk sampai umah. Sesampainya mak terus terkan kami (aku masih terbayang saat itu), jenazah sedang dimandikan, Ateh & Ngah sedang bersama2 dengan kumpulan memandikan jenazah.

Segala urusan memandi, mengapan, semua berjalan lancar. Urusan menyembahyangkan jenazah juga berjalan sangat lancar. Ramai sangat yang turut menyembahyangkan jenazah abah. Nampaknya abah sangat disayangi ramai. Alhamdulillah...

Tapi, De masih belum sampai dari Terengganu, Pak Anjang Sarip, Pak Cik Yu & Mak teh pun belum tiba.

Sepatutnya urusan pengebumian jenazah dalam jam 12 tengahari, tapi tiba2 ada panggilan dari kawan perkuburan, mengatakan urusan penggalian kubur masih belum selesai, ada sikit lagi. Jadi jenazah diletakkan semula, alhamdulillah rupanya urusan ditanah perkuburan lewat kerana Allah nak temukan Arwah abah dengan De & anak2 serta adik2nya kecuali Mak teh. mak Teh tiba lewat, tak sempat jumpa jenazah. Sungguh aku semua bersyukur, kerana kakak aku yang jauh tu sempat menatap wajah abah buat kali yang terakhir sebelum dibawa pergi untuk selamanya.

Panjang lagi kisahnya, nanti aku sambung semula ye...


nota kaki : aku tak pandai mengarang & menggunakan ayat2 yang lebih berkesan.